Saturday, 19 September 2009

ciNTa ReMaJa


Cinta ketika remaja, adakah ia perlu, harus @ tidak? Terdapat pelbagai pendapat tentang hal ini namun bagi aku cinta sesama insan ketika remaja boleh dijalinkan asalkan masing-masing tahu batasan & mengawal perasaan cinta itu.
Perasaan utk mencintai dan dicintai memang xdapat dielakkan oleh semua insan terutamanya bagi remaja. Perhubungan ini seharusnya membawa kesan yg positif bagi remaja kerana mereka mempunyai pendorong utk memberi galakan atau persaingan dlm bidang pelajaran selain daripada ibu bapa mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka.

Namun remaja haruslah mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak melanggar batasan adat timur dan agama semasa bercinta. Mereka seharusnya mengikut perasaan remaja mereka dan sama-sama belajar untuk menjadi orang dewasa yang lebih baik.

Ramai pasangan yang melafazkan cinta, tetapi sebenarnya mereka tidak mengetahui mengapa dan Kenapa mereka bercinta (bahaya ni). Alam percintaan sememangnya indah, bagi pasangan yang sedang asyik dilamun cinta, dunia ini ibarat mereka yang punya(betul3).

Namun masih ramai yang xfaham apa tu cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjing pelamin. Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada kekecewaan.

Bagi WANITA cinta adalah sejenis emosi (btOl ke?). Kepada orang lelaki cinta adalah suatu peristiwa, suatu kejadian dan bukannya emosi (tpi xsmua juga laa..cthnya aku). Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung (50% - 50%). oleh itu bagi orang lelaki sekali mereka jatuh cinta dengan wanita, maka cinta itu akan terus kekal jika tiada halangan yang menimpa.

Oleh sebab itu, lelaki apabila telah melafazkan cintanya kepada wanita, tidak kiralah melalui apa sekali pun, sama ada ikatan janji yang diucapkan sesama sendiri, ikatan tali pertunangan, mahupun melalui pernikahan, maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut-sebut lagi (aku xsOkong).

Berlainan pula dengan wanita, mereka mahu sentiasa mendengar kata-kata belaian kasih (amalkan lh slalu ye wahai kaum adam)dibisikan di telinga mereka walaupun 1000 kali dalam sehari. Inilah yang menjadi perbezaan ketara istilah “CINTA” bagi lelaki dan wanita.

No comments:

Post a Comment